Skip to content

PRU DUN SABAH KE-16

Tuan/Puan,

PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) SABAH KE-16

Permohonan undi pos untuk warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara bagi PRU DUN Sabah Ke-16 kini telah dibuka.
Pemilih yang ingin memohon sebagai pengundi pos luar negara adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh SPR seperti berikut:-

  1. Merupakan seorang pemilih yang berdaftar;
  2. Bermastautin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
  3. Pernah berada atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum pembubaran DUN Sabah ke-15, iaitu pada 30 Julai 2020.

 

Permohonan hendaklah menggunakan Borang B1 yang boleh dimuat turun menerusi laman sesawang SPR di: https://www.spr.gov.my/ms/pusat-media/muat-turun-borang


Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan menerusi:

  1. Emel : upup@spr.gov.my; atau
  2. Faks: +603 8888 0403/0405 atau
  3. Pos ke alamat :
    Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP)
    Tingkat 5, Menara SPR
    No. 2, Jalan P2T, Presint 2
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62100 PUTRAJAYA
    MALAYSIA

 

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada: 03 SEPTEMBER 2020


Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian Hotline Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP): +603-8888 0400 / +603-8881 0658 / +603-8881 0769 atau menerusi alamat emel seperti yang tertera di atas